rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

​​​بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

& Salam Negaraku Malaysia

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sebagai persediaan menghadapi Penutupan Akaun Persekutuan Tahun 2019, berikut adalah tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi mana-mana ptj yang mempunyai terimaan pada tempoh 30.12.2019 (Isnin) sehingga 31.12.2019 (Selasa) :

BIL

PERKARA

TINDAKAN PTJ

CATATAN

1.

Urusan bank-in kutipan oleh Jabatan/Pusat Tanggungjawab (PTJ)

·   Transaksi terimaan di Bank Islam.

PTJ hendaklah menyelesaikan semua urusan terimaan sebelum jam 12.00 tengahari pada  31.12.2019 (Selasa)

-Urusan transaksi boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank Islam diluar daerah Kota Bharu.

-Bagi daerah kota Bharu, mana-mana PTJ-PTJ yang ingin bank-in   kutipan perlu ke Bank Islam Cawangan Lundang sahaja.

2.

Urusan bank-in kutipan oleh Jabatan/Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menggunakan Agen Bank

·   Transaksi terimaan di Affin bank, BSN atau  Bank Muamalat.

PTJ hendaklah menyelesaikan semua urusan terimaan sebelum jam 12.00 tengahari pada  30.12.2019 (Isnin). Manakala kutipan pada 31.12.2019(Selasa) perlu di bank-in ke mana-mana Bank Islam.

*Peringatan Mesra:

 -PTJ-PTJ yang menggunakan agen bank hendaklah bank-in kutipan pada 31.12.2019(Selasa) ke bank islam sahaja sebelum jam 12.00 tengahari .

 -urusan transaksi dengan bank agen hanyalah sehingga 30.12.2019 (Isnin) sahaja.

 -pada 1.1.2020 (Rabu), PTJ-PTJ boleh berurusan kembali seperti biasa termasuk penyata pemungut ‘Cash In Transit’.

3.       Sebarang persoalan boleh menghubungi pihak kami ditalian 09-7460 282/294. Kerjasama pihak tuan berhubung dengan perkara ini adalah didahului dengan terima kasih.Mohon panjangkan email ini dibawah ptj-ptj selian masing-masing.

 

Sekian,terima kasih.