Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Bersama-sama ini disertakan dokumen penutupan akaun tahun kewangan 2019 untuk rujukan semua. Semua dokumen berkenaan boleh diperolehi melalui link berikut :
https://cloud.anm.gov.my/index.php/s/g0k6QYZB0AHycoe
3. Untuk makluman, tarikh akhir penghantaran dokumen kewangan adalah seperti berikut :
JENIS DOKUMEN |
TARIKH AKHIR |
Pesanan Kerajaan (termasuk kuiri) | 9 Disember 2019 ( Isnin) |
Penerimaan Bekalan & Perkhidmatan (FRN/GRN) | 9 Disember 2019 (Isnin) |
Arahan Pembayaran (Perakuan II) | 9 Disember 2019 (Isnin) |
Arahan Pembayaran - Kuiri (Perakuan II) | 12 Disember 2019 (Khamis) |
Baucer Jurnal (Kecuali Jurnal terimaa, perakaunan aset dan pelarasan yang dibenarkan) | 12 Disember 2019 (Khamis) |
Waran peruntukan | 31 Disember 2019 (Selasa) |
Terimaan ( Invois, Resit, PP, Baucer Jurnal) | 31 Disember 2019 |
4. Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan segera untuk mendapatkan semua bil dan tuntutan bagi semua perbelanjaan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang telah disempurnakan dan memastikan bahawa baucar bayaran yang dikemukakan ke JANMKEL adalah lengkap, sempurna dan teratur bagi mengelakkan baucar bayaran tersebut dikuiri atau ditolak. Baucar bayaran yang lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan ke JANMKEL dengan segera dan tidak pada saat-saat akhir. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan beban kerja yang tinggi di akhir tahun yang mungkin mengakibatkan baucar bayaran berkenaan tidak dapat diproses pada tahun kewangan 2019
5. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sebarang kemusykilan berkaitan dengan surat ini bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai Jabatan ini untuk penjelasan lanjut di talian berikut:
Unit Pengurusan Dana : 09-7460281/282/283/284
Unit Akaun : 09-7460273/274/275/277
Unit Gaji : 09-7460236/239/242/240
Unit Pengurusan Aset : 09-7460269/265/264/256
Sekian. Terima Kasih.