Salam sejahtera,
Tuan/puan,
Dimaklumkan terdapat Aplikasi ePayslip baharu yang telah dilancarkan pada 10 Oktober 2019 dan menu baharu pada sistem ePenyata Gaji dan Laporan untuk kegunaan pinjaman. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan Emel Blast : APLIKASI ePAYSLIP BAHARU DAN PENGESAHAN PENYATA GAJI JANAAN SISTEM ePENYATA GAJI DAN LAPORAN untuk tindakan lanjut tuan/puan. Disertakan Panduan Pengguna ePayslip dan Tatacara Penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sebagai rujukan
Mohon kerjasama tuan/puan sebagai Liaison Change Agent (LCA) di Kementerian, IPN dan JANM Negeri/Cawangan masing-masing untuk memanjangkan emel blast ini kepada semua stakeholder berkaitan.
Setiap emel blast tersebuthendaklah disalinkan kepada UPP (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ) untuk makluman kami.
Daripada
Unit Pengurusan Perubahan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Sekian, terima kasih