Semua PTJ Negeri Kelantan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, perolehan bagi tambah nilai perlu melalui sistem eperolehan dan pembayaran melalui invois tanpa pt melalui sistem iGFMAS adalah tidak dibenarkan.
Pembayaran ini hanya terlibat bagi mana-mana tambah nilai yang bukan melalui pukal sahaja.
3. Bersama-sama ini disertakan surat dari BPOPP rujukan JANM.BPOPP.600-15/4/5(31) bertarikh 30 September 2019 untuk rujukan.
Kerjasama pihak tuan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.