بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
& Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan Ogos 2019 akan bermula pada 29 Ogos 2019 (Khamis). Sehubungan dengan itu, semua PTJ dikehendaki mengambil tindakan berikut bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.
ARAHAN PEMBAYARAN PANJAR WANG RUNCIT & PANJAR KHAS
- Pastikan proses Arahan Pembayaran (Rekupmen Panjar) dilaksanakan sehingga proses PERAKU 2
selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2019 (Ahad) ; dan
- Arahan Pembayaran (Rekupmen Panjar) yang dibuat antara tarikh 26 Ogos 2019 sehingga 29 Ogos 2019 AKAN DIKUIRI oleh Unit Dana,
JANM Kelantan
PROSES PANJAR WANG RUNCIT & PANJAR KHAS
a) Pastikan tiada baucar Kew. 50 dikeluarkan mulai 26 Ogos 2019 sehingga 29 Ogos 2019. Kew. 50 boleh disediakan seperti biasa selepas
tarikh ini ;
b) Pemegang Panjar hendaklah memastikan rekupmen ditunaikan di bank selewat-lewatnya
29 Ogos 2019 (Khamis) ;
c) Membuat penerimaan rekupmen sebaik sahaja pulang dari menunaikan rekupmen berkenaan selewat-lewatnya
29 Ogos 2019 (Khamis) ;
d) Pastikan Kod Vot/Danasemasa penerimaan rekupmen dilakukan adalah G000; dan
e) Pastikan penerimaan apungan berkenaan berstatus 80.
3. Semoga perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari tuan/puan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Akaun JANM Kelantan di talian 09-7460 281/280/279/274.
Sekian, terima kasih.