No Rujukan: JANM.KEL.600-1/3/17 Bil.(55)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
ARAHAN OPERASI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN MEI 2024
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/puan, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan Mei 2024 akan bermula pada 29 Mei 2024. Sehubungan itu semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan semua Pejabat Pemungut hendaklah untuk mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:
BIL |
PERKARA |
TARIKH AKHIR |
CATATAN |
2.1 |
ARAHAN PEMBAYARAN |
Tindakan terakhir PERAKU 2 hendaklah dibuat: · Pada 29 Mei 2024 (Rabu), sehingga jam 5.00 petang; dan, · TIADA PERAKUAN yang boleh dibuat selepas tempoh tersebut. |
Tindakan PERAKU 2 boleh dibuat seperti biasa pada: 1 Jun 2024 (Sabtu) |
2.2 |
HASIL / TERIMAAN |
Semua resit yang telah dikeluarkan: · Pada 30 Mei 2024 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengahari, hendaklah dibuat Penyata Pemungut (diperaku 2) dan dibankkan selewat-lewatnya pada jam 2.00 petang. |
Hasil/Terimaan selepas jam 12.00 tengahari 30 Mei 2024 sehingga 1 Jun 2024 hendaklah dibankkan pada: 2 Jun 2024 (Ahad) |
MOHON PERHATIAN SEMUA PTJ DAN PEJABAT PEMUNGUT UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI! |
3. Sukacita diingatkan bahawa semua PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 (empat belas) hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a). Sekiranya tuan/puan GAGAL mematuhi arahan seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas, tuan/puan dikehendaki mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB dan salinan diemelkan ke
4. Perhatian dan komitmen tuan/puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan di talian : 09-7460 273/274/277/294.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI KELANTAN