Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PERINGATAN MESRA: TARIKH AKHIR KUNCI MASUK KEW.320 (SG20) DAN SIMULASI BAYARAN GAJI BULAN NOVEMBER (DAILY RATED) DAN DISEMBER (REGULAR CYCLE) 2023

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kunci masuk Kew.320 (SG20) dan simulasi bayaran gaji bagi Daily Rated November dan Regular Cycle Disember 2023 di peringkat PTJ adalah seperti berikut:

Bil

Perkara

Tarikh Akhir Kunci Masuk SG20 dan Simulasi di Peringkat PTJ

2.1

Daily Rated (gaji bulan November 2023)

30.11.2023 (Khamis)

2.3

Regular Cycle (gaji bulan Disember 2023)

     03.12.2023 (Ahad) (sistem akan ditutup pada 10.30 malam)

3.    YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan juga dipohon untuk mengambil tindakan sepertimana di bawah bagi mengelakkan daripada berlaku "ralat" semasa larian gaji oleh JANM Negeri Kelantan.

       a) Mengunci masuk maklumat dengan tepat sepertimana yang terdapat di Kew.320

       b) Larian ZRPY001 (Laporan Perbezaan Taraf Pencen dan KWSP):

       c) Larian ZRPY115 (Laporan Kenaikan Gaji Tidak Mengikut KGT);

       d) Larian ZRPY110 (Senarai Tarikh Persaraan dan Tamat Kontrak);

       e) Simulasi gaji (ZRPY106); dan

       f) Mengemaskini status simulasi gaji di ZRPY101.

Sila pastikan simulasi gaji berstatus "error-free". Sekiranya simulasi di peringkat PTJ berstatus "error" (warna kuning atau merah), tindakan pembetulan perlu dilakukan sehingga simulasi bertukar kepada "error-free". 

4.    Manakala bagi bayaran gaji Personel MySTEP melalui Arahan Pembayaran,  pihak  YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan  dipohon untuk membuat caruman PERKESO di IT0197 (Employee Social Security).  Pihak YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan jua perlu memastikan kod akaun L1311903 adalah BERBAKI KOSONG pada setiap hujung bulan (tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Dana JANM Negeri Kelantan).

5.   Untuk makluman pihak tuan/puan jua, permohonan untuk mewujudkan/mengemaskini Pusat Pembayar Gaji (Pay Center - PC) dan mendaftar majikan baharu untuk caruman/bayaran kepada KWSP, PERKESO dan LHDNM (SG10) bagi bulan Disember 2023 perlu dikemukakan kepada JANM Negeri Kelantan sebelum atau selewat-lewatnya pada 27 November 2023 (Isnin).

6.   Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.  Kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI

JANM NEGERI KELANTAN