Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PROSES ARAHAN PEMBAYARAN PANJAR WANG RUNCIT DAN PANJAR KHAS BAGI PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN NOVEMBER 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, tarikh akhir tindakan PTJ bagi proses penutupan akaun BULAN NOVEMBER 2023 adalah seperti berikut :-  

BIL

PERKARA

TARIKH AKHIR

CATATAN

PERAKU 2 ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR

PENERIMAAN REKUPMEN

1

PANJAR WANG RUNCIT

26 NOVEMBER 2023

(AHAD)

28 NOVEMBER 2023

(SELASA)



Sila gunakan VOT/DANA : G000 dan meng
gunakan Kod PTJ Dipertanggung sebagaimana di Arahan Pembayaran semasa membuat penerimaan rekupmen

2

PANJAR KHAS

26 NOVEMBER 2023

(AHAD)

28 NOVEMBER 2023

(SELASA)


3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ dikehendaki mengambil perhatian sewajarnya berkenaan tarikh akhir di atas bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar. Sekiranya terdapat Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar yang dibuat selepas tarikh di atas, ianya akan dikuiri oleh Unit Pengurusan Dana, JANM Kelantan. 

4. Di samping itu juga, mohon kerjasama semua PTJ memastikan baki tunai di tangan pada tarikh 28 November 2023 adalah bersamaan dengan apungan yang diluluskan. Sila pastikan tiada lagi pembayaran baucar kecil (Kew.50) selepas rekupmen terakhir pada bulan tersebut.   

5.   Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Unit Akaun, JANM Kelantan di talian 09-7460 279/280/281/282.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT AKAUN

JANM NEGERI KELANTAN