Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMURNIAN DATA AKAUN PUKAL DI iGFMAS DAN SISTEM AGENSI PUKAL OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

No Rujukan : JANM.KEL.600-1/3/17 ( 22 ) 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PEMURNIAN DATA AKAUN PUKAL DI iGFMAS DAN SISTEM AGENSI PUKAL OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Berdasarkan kepada isu lebihan bayaran pukal yang berlaku di PTJ, antara punca- punca berlakunya isu tersebut adalah seperti berikut :

2.1    PTJ telah berpindah/ tutup iaitu tidak lagi menduduki premis berkenaan, namun PTJ tidak membuat pembatalan akaun pukal yang didaftarkan untuk premis berkenaan menyebabkan pembayaran akaun pukal tersebut masih diteruskan dan menyebabkan lebihan bayaran.  

2.2     PTJ tidak membuat semakan ke atas bil dan laporan pukal selaras Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2018 yang menyatakan perkara berikut :                 

          Justeru pembayaran akaun pukal yang tidak aktif masih diteruskan dalam tempoh bertahun-tahun tanpa pengetahuan PTJ. Perkara ini boleh menyebabkan berlaku kehilangan wang awam sekiranya lebihan bayaran            gagal dikutip. 

3.      Sehubungan itu, task force secara berfasa mengikut agensi perlu dilaksanakan bagi memastikan semua akaun pukal di PTJ yang aktif adalah sah untuk dibayar. Berikut merupakan pelaksanaan pemantauan di peringkat Pejabat Perakaunan dan PTJ selanjutnya:

3.1     Pejabat Perakaunan memberikan pengesahan mengenai akaun pukal bagi empat (4) agensi iaitu Petron,Smartpay Petronas, Shell dan Touch N Go yang telah diekstrak oleh BPOPP dan JANM Negeri Kelantan.Pengesahan terperinci dari PTJ diperlukan seperti di dalam link berikut : 

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1I-xKmovUUh2m5a0JLTsBqKEuXQax_EHP/edit#gid=696182885

3.3     Pengesahan Pejabat Perakaunan seperti di perkara 3.2 hendaklah disempurnakan selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2023 bagi tujuan analisa oleh JANM Negeri Kelantan selanjutnya. Walau bagaimanapun, pengharmonian  ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan oleh PTJ selanjutnya.

4.       Kerjasama PTJ berhubung dengan perkara di atas amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN