Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKRUAN – CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN

YBhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan pelaksanaan perakaunan akruan bagi pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan melalui 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PS1.2 (Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan).  Bagi tujuan pelaporan urusniaga kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 10 Tahun 2017 telah menyediakan panduan penggunaan Carta Akaun Asas Akruan (CAA) untuk diguna pakai di dalam Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (1GFMAS).

3.     Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), JANM melalui surat edaran rujukan JANM.BPOPP.600-15/4/13(31) bertarikh 26 Mei 2023 memaklumkan bahawa  pengunaan kod CAA, perihal dan modul bayaran telah diseragamkan melalui platform MyCODE dan bertujuan bagi memastikan keseragaman penggunaan kod CAA di antara Pusat Tanggungjawab (PTJ).

4.       Sehubungan dengan itu, PTJ boleh merujuk kepada MyCODE sebagai panduan dan rujukan bagi tujuan penyediaan/semakan Pesanan Kerajaan/Arahan Pembayaran dan transaksi-transaksi lain yang berkaitan. PTJ perlu merujuk bersama pekeliling/surat pekeliling Carta Akaun Akruan yang berkuat kuasa bagi penjelasan lanjut/ kod akaun yang tidak disenaraikan di dalam MyCODE. MyCODE boleh diakses melalui pautan berikut :

https://shorturl.at/jqTW5

 

5.       Selain itu, maklumat perihal Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran hendaklah tepat sepertimana maklumat yang diperlukan tertera di Penyata Bank penerima bayaran. Maklumat perihal bayaran hendaklah menyatakan nombor invois dan tujuan bayaran/ keterangan yang bersesuaian mengikut jenis bayaran. Selaras dengan kemudahan di sistem Bank, hanya 20 aksara pertama sahaja yang tertera di Penyata Bank penerima bayaran seperti di Lampiran 1. Justeru itu, penyediaan Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran hendaklah mengikut panduan perihal bayaran seperti yang dinyatakan di Lampiran 1 dan pautan MyCODE yang diberikan.

6.       Surat edaran ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI KELANTAN