Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 MAKLUMAN VERSI TERKINI GPKI AGENT 3.0 (RELEASE 1.0.0.2)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

Untuk makluman, pengemaskinian pelayar Google Chrome dari versi 106.0.5249.103 kepada versi 106.0.5249.119 dan versi terkini 109.0.5414.120 telah memberi kesan ralat kepada Pentadbir GPKI iaitu Admin, Sub Admin Pelaksana (SAP), Sub Admin (SA) Authorised Personnel (AP) dan Registration Authority (RA) dalam proses log masuk ke Portal Pentadbir GPKI dan proses perakuan dalam Sistem ICT Kerajaan. Hasil daripada semakan, didapati GPKI Agent 3.0 (Release 1.0.0.1) tidak dapat menyokong penggunaan Sistem GPKI 3.0 di dalam pelayar Google Chrome versi 106.0.5249.119 dan yang terkini.

Sehubungan dengan itu, versi terkini GPKI Agent 3.0 (Release 1.0.0.2) telah dibangunkan untuk mengatasi masalah ini. Kepada YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan yang menggunakan pelayar Google Chrome, hendaklah menggunakan GPKI Agent 3.0 (Release 1.0.0.2) yang boleh dimuat turun daripada Portal GPKI di menu Muat Turun > Muat Turun Agen .

Sekian, terima kasih.

 

Pentadbir MyGPKI

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Jabatan Perdana Menteri